Daripada Hazrat Ka'ab Bin 'Ujrah r.ahu
beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w
telah bersabda, "Hadirlah ke mimbar!"
Maka kami pun telah hadir. Apabila
Baginda naik satu anak tangga mimbar,
Baginda berkata "Amin" dan apabila
Baginda naik tangga kedua. Baginda
berkata "Amin" dan Apabila naik anak
tangga yang ketiga Baginda berkata
"Amin".Apabila Baginda turun, kami
telah bertanya "Ya Rasulullah! Hari ini
sesungguhnya kami telah mendengar dari
Tuan sesuatu yg belum pernah kami dengar"
Baginda bersabda "Sesungguhnya Jibrail
telah muncul kepadaku dan berkata
"Binasalah dia yg mendapati Ramadhan
tetapi belum juga diampunkan."Maka aku
berkata "Amin" Apabila aku naik anak tangga
yg kedua dia berkata, "Binasalah dia yg apabila
engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia
menselawatimu." Aku juga berkata "Amin" dan
apabila aku naik anak tangga yg ketiga dia
berkata "Binasalah dia yg mendapati kedua
ibu-bapanya atau salah seorang darinya telah
tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk
dia masuk kedalam syurga" Aku berkata "Amin"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan