JellyPages.com

Sabtu, 27 Julai 2013

HADITH 3

Daripada Hazrat Ka'ab Bin 'Ujrah r.ahu
beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w
telah bersabda, "Hadirlah ke mimbar!"
Maka kami pun telah hadir. Apabila
Baginda naik satu anak tangga mimbar,
Baginda berkata "Amin" dan apabila
Baginda naik tangga kedua. Baginda
berkata "Amin" dan Apabila naik anak
tangga yang ketiga Baginda berkata
"Amin".Apabila Baginda turun, kami
telah bertanya "Ya Rasulullah! Hari ini
sesungguhnya kami telah mendengar dari
Tuan sesuatu yg belum pernah kami dengar"
Baginda bersabda "Sesungguhnya Jibrail
telah muncul kepadaku dan berkata
"Binasalah dia yg mendapati Ramadhan
tetapi belum juga diampunkan."Maka aku
berkata "Amin" Apabila aku naik anak tangga
yg kedua dia berkata, "Binasalah dia yg apabila
engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia
menselawatimu." Aku juga berkata "Amin" dan
apabila aku naik anak tangga yg ketiga dia
berkata "Binasalah dia yg mendapati kedua
ibu-bapanya atau salah seorang darinya telah
tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk
dia masuk kedalam syurga" Aku berkata "Amin"

 

HADITH 2

Daripada Abu Hurairah r.ahu, Rasulullah s.a.w
telah bersabda "Umatku telah diberikan dalam
Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan
kepada mana-mana umat pun sebelum mereka...

1) Bau busuk mulut orang yg berpuasa lebih harum
    disisi Allah daripada bau kasturi
2) Ikan-ikan dilaut akan beristighfar untuk mereka
     sehingga mereka berbuka
3) Setiap hari Allah s.w.t akan menghiaskan syurganya
    dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hambaku
    yg soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka
    akan datang kepadamu"
4) Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat didalam
    Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat
    sesuatu dalam Ramadhan ini apa yg biasa diperbuat
    oleh mereka pada bulan yang lain 
5) Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. 
    Ditanyakan kepada Rasulullah "Adakah ia Lailatul-Qadar?" 
    Baginda menjawab "Tidak! Namun seorang pekerja
   akan diberikan ganjarannya apabila dia telah
   menyelesaikan kerjanya."   

Khamis, 25 Julai 2013

Rukun Islam

Ha ok yang ni Rukun Islam plak
mcm biasa la korang HAFAL tak?
:D hehe kalau tak hafal pergi hafal
no.. camno nak didik anak kalau
benda penting mcm ni pun tak tahu..

Rukun Islam Ada 5 Perkara :
1) Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2) Mendirikan Solat Lima Waktu Sehari Semalam
3) Puasa Pada Bulan Ramadhan
4) Menunaikan Zakat
5) Mengerjakan Haji Ke Baitullah Jika Mampu

Ok yang tak tau tu sekarang dah tahu kan?
Bagusss... macam ni baru la boleh Didik anak
hehe OK nanti kita berjumpa lagi di Next Blog ye.. :)
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Dengan Sempurna...

Rukun Iman

Ha ni nak cakap pasal Rukun Iman
korang semua hafal ke Rukun Iman
tu? Kalau hafal cuba cakap Rukun
Iman tu ada berapa dan apakah dia?

Rukun Iman Ada 6 Perkara :
1) Percaya kepada Allah s.w.t
2) Percaya kepada Malaikat
3) Percaya kepada Kitab-kitab
4) Percaya kepada Rasul-rasul
5) Percaya kepada Hari Kiamat
6) Percaya kepada Qadak & Qadar

Ha! hafal pun bagus2 mcm tu la
kita sebagai umat islam ni kena
tau benda2 mcm ni penting tahu ;)

pssst... cuba tanya Tuan Blog ni
awak tu hafal sangat ke haha :P

      

Selamat Kenalan... :)

Assalamualaikum... saya ciptakan BLOG ini
untuk share kan sedikit ILMU AGAMA, yg
saya tahu dan Hadith-Hadith yg saya dengar
atau saya baca... ok? Kalau suka Blog saya
Follow la and Baca apa yg saya sampaikan,
And semoga korang dapat Amal dan sampaikan
kepada orang lain ok... Wassalam... :)