JellyPages.com

Sabtu, 27 Julai 2013

HADITH 2

Daripada Abu Hurairah r.ahu, Rasulullah s.a.w
telah bersabda "Umatku telah diberikan dalam
Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan
kepada mana-mana umat pun sebelum mereka...

1) Bau busuk mulut orang yg berpuasa lebih harum
    disisi Allah daripada bau kasturi
2) Ikan-ikan dilaut akan beristighfar untuk mereka
     sehingga mereka berbuka
3) Setiap hari Allah s.w.t akan menghiaskan syurganya
    dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hambaku
    yg soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka
    akan datang kepadamu"
4) Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat didalam
    Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat
    sesuatu dalam Ramadhan ini apa yg biasa diperbuat
    oleh mereka pada bulan yang lain 
5) Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. 
    Ditanyakan kepada Rasulullah "Adakah ia Lailatul-Qadar?" 
    Baginda menjawab "Tidak! Namun seorang pekerja
   akan diberikan ganjarannya apabila dia telah
   menyelesaikan kerjanya."   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan